Friday 14 October 2011

ENDING TAHAJJUD CINTA


Alhamdullilahhhh...akhirnya drama Tahajjud Cinta ini menemui jalan penamatnya. Bagi ANA tidak perlu ada  2 atau 3 untuk kesinambungannya. Pertama sekali,sejak ANA menonton dari episod 1 lagi sudah bermcam2 spekulasi yang ANA lihat termasuklah bantahan2 dari bekas2 pelajar Mesir membantah isu (scene pelajar lelaki dtg asrama perempuan).. isu buka niqab Seri...senaman batin Ustaz Sauki.... isu Ustaz Solah melihat rambut Seri, termasuklah menganggap pengarah ini menggambarkn ISLAM itu adalah ekstrem dan sngat berat. Kepada Saudara Saudari sesama Islam semua, janganlah kita mudah melatah,marah dan alpa kerana kita sebagai penonton SETIA drama tempatan, seharusnya menyokong dan menghargai usaha murni ''FISABILILLAH'"  Erma Fatima ini....ANA mengagumi dengan jalan cerita yang di pamerkan dan untuk pengetahuan semua,ANA juga pernah menonton "Cinta Syahadah"(90an) lakonan Erma bersama Eman sejak dari kecil lagi....Justeru itu, Kita sebagai penonton,bukannya hanya TAHU mengomen,mengkritik dan berasa tidakpuas hati sahaja atas ENDING yg di sangkakan menepati citarasa kepuasan anda. Sebaliknya,kita haruslah bijak menerima kehendak pengarah yang cuba mengajak penonton untuk berfikir secara mendalam dan memahami mesej yg ingin di sampaikn. Bagi ANA pengarah ini bukanlah menjadikan ISLAM itu sangat berat atau rumit...sebaliknya ia adalah peringatan kita yakni lebih berfikir untuk MASA DEPAN iaitu samada kejadian HARI KIAMAT yang berlaku entah bila kita ketahui, hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu...lagi MAHA MENGETAHUI....Jadi para penonton harus ingat...ini adalah diantara AMANAT2-NASIHAT2 DAN HADITH RASULLAH S.W.T yang ditinggalkan.. dan ianya WAJIB dihormati dan hendaklah saling ingat-mengingati sesama manusia terutamanya bagi golongan seperti kita yang hidup di AKHIR ZAMAN ini....Wallahuálam....Jika ada sebarang kesilapan atau kekilafan, maafkan sy...Yang sempurna hanyalah dari Allah s.w.t dan yang tidak sempurna adalah dari diri kita sendiri...
 P/S  ANA  ingin menambah,mengenai isu Rejam yg perlu ada 4 saksi,tetapi diteruskn juga tanpa saksi yg mencukupi, harus diingatkn,bahawa dalam cerita ini Pengarah cuma menekankan penyelewengan kuasa Ustaz Sauki itu dan dianggap hanya dia seorang sahaja yg boleh menentukn hukum Tuhan tetapi tidak bagi dirinya....sedangkn IMAN seseorng IMAM itu boleh GOYAH disebabkn PEREMPUAN, inikan pula nafsu MANUSIA yang bertopengkan SYAITAN... (yang dianggap seperti serigala)
Sekali lagi,  Maafkan juga kesilapan pengarah drama ini sekiranya membuat anda semua tidak berpuashati....Sekian ,terima kasih kerana sudi membaca... sekadar NUKILAN DARI SEORANG HAMBA ALLAH S.W.T...(",)





No comments:

Post a Comment