Tuesday 2 August 2011

DRAMA FOR RAMADHAN

Ramadhan Terakhir
Siaran : TV3 – Slot Samarinda
Tarikh Siaran : 26 Julai 2011
Waktu Siaran : Selasa Hingga Khamis 10:30 Malam
Pelakon Ramadhan Terakhir Di TV3
Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.
Sinopsis Ramadhan Terakhir Di TV3
Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.
Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

1st time tgok cerita nie terus terpaku time episod ke 2...Suka gile pelakon yang melakonkan watak keduniaan yg di bawa oleh Mazni seorng isteri yg boleh dikatakan terlampau keduniaan dan bongkak.Terpaku bila dia sanggup memaki dan mengherdik suami sandiri. Berbeza gile ngn Azizah Mahzan watak Datin dalam siri Tahajud Cinta yang more loving couple with husband. Maybe perbezaan umur agknya. Anyway, wa tabik spring la...!!! Nie la yg di katakan fenomena drama bersiri ala2 NURKASIH...

Harap u ol sume enjoy and hayati drama ini dengan penuh kesedaran & keinsafan di bulan penuh keberkatan ini...  Insyaallah....(",)

MALAM KE 2 RAMADHAN

Alhamdullilah...


Syukur
Ku lihat ramai manusia bertafakur

Syukur
Semua beramal sehingga berdengkur

Wahai manusia jgn lah lalai dan alpa
Beterawih sunat smpai terleka
Bunyi telefon bimbit pun sampai terbuka


Baru 2 hari puasa sudah semangat lagu raya
Sampai ganggu jemaah lain yang hendak solat beriya

Pak Bilal pun jgn la baca terkejar-kejar
Tawla 20 rakaat hendak di kejar
Mcm mana la org nk khusyuk mendengar
Kalau bacaan pun buat org terpingar
Suasana pon kalau mcm hingar bingar

Renung2kn

ON the Way to Surau Depan TmN Pelangi