Sunday 31 July 2011

SEMOGA ROH-NYA DI CUCURI RAHMAT...

Baju kurung merah jambu jadi kenangan
2011/07/31

    IBU Mohd Ashraf Hafiz      menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir,  Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
IBU Mohd Ashraf Hafiz menyiram air ke pusara anaknya sambil diperhatikan suaminya, Abd Aziz di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - Foto Imran Makhzan
 
Keluarga Allahyarham mungkin menganggap masyarakat kita adalah kejam ATAS sebab menghina/mencaci atau mentertawakan niat arwah untuk menukar jantina nama dalam mykad Mohd Ashraf Takir kepada Aleesha Farhana. Lelaki yang berjiwa wanita ini pernah menggemparkan Malaysia untuk menukar nama kepada wanita siap lengkap berbaju kurung dan bertudung ayu lagi semasa hadir di Mahkamah Tinggi di negeri Terengganu. Walaubagamanapun rayuannya di tolak. Arwah yang baru saja berusia 26 tahun telah meninggal dunia dipercayai menghadapi kemurungan dan tekanan emosi yang melampau dan telah di masukkan ke ICU atas tekanan rendah dan lemah jantung.

Hmmmm....usia dia sebaya aku sahaja, tapi telah menemui Allah s.w.t terlebih dahulu. Tengok dari luaran fizikal dia nampak sihat jer. Pernah aku berbicara bersama sahabat2 yg len mengenai isu ini. Ada seorg Civil Activist bercakap, "Biarlah dia nak jadi perempuan,kalau dah naluri dia dah mcm tue, kalau I jadi lawyer memang I akan bela and sokong dia". Tapi aku pulak menyangkal,  "Hukum dan kejadian asal adalah dari Allah, kenapa kita perlu mengubah kejadian dan ciptaanNya. Kan berdosa besar ? ".
 
Kalau nk ikutkn dari segi pengalaman, aku pernah mendekati golongan sebegini. Aku tidak menyokong malah tidak pulak membenci. Kat IPTA? Lagi2 kt UIA tmpt aku menimba ilmu,golongan nie pengaruh tetap ada. Siapalah kita untuk menghukum dan memberi cemuhan kepada mereka. Nak menuding jari ? sudah tentu kepada ibu bapa. Tapi cuba kita bayangkan kalau mereka terdiri dari ahli keluarga kita sndiri? Sama ada abg,adik mahu pun anak2 kita suatu hari nnti. Tentu kita MALU besar juga kan?
 
Kalau aku ada kwn 'sebegini' aku hanya boleh berdoa supaya dia kembali sedar dan pulang ke jln yg benar. Kalau nk mrh,ngumpat,perli mmg tkde gunanya. Hanya Allah s.w.t yg boleh berkuasa mengubah hati dan memberi hidayah. HANYA DGN ZIKIR DAN DOA DPT TENANGKN JIWA MANUSIA, walau mcm mana besar masalah jiwa manusia hadapi sekalipun. Kemurungan yg melampau pun dpt di atasi, dgn bacaan Al-Quran iaitu ubat penenang jiwa yg paling berkesan dunia  & akhirat insyaallah..
 
So,kita yg masih hidup nie perlulah bersyukur pd Allah kerana masih sygkn hambaNya menurunkan Al-Quran dan melantik Rasullah menyebarkan ajaran dan memimpin umat baginda yg terakhir yakni KITA. 
 
Kepada keluarga Allahyarham,takziah di ucapkn, semoga kita tabah dan sabar menghadapi hari2 yg menimpa.Mungkin ada sebab dan hikmah. Ingatlah, rahsia jodoh,ajal setiap manusia adalah rahsia dan urusan Allah. Wallahu'alam....
 
AL-FATIHAH 

 
 

No comments:

Post a Comment